TELAH BERMULA KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 3 2025 BAGI DAERAH KLANG

💦💦 TELAH BERMULA KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 3 2025 BAGI DAERAH KLANG 🏊(Kategori Kanak-Kanak daripada Golongan Keluarga B40)

Telah bermula Program KLAS Renang Fasa 3 2025 bagi Negeri Selangor dibawah kendalian Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang bertempat di Water Mates Swimming Academy, Klang.

KLAS Renang ini akan dilaksanakan sebanyak 6 sesi latihan bermula 3 Disember 2025 dan dijadualkan berakhir 10 Disember 2025 melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Renang Para Negeri Selangor dan Pengurusan Water Mates Swimming Academy Klang.

Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan objektif berikut:
✅ Pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat
✅ Membina keyakinan di dalam air (water confidence)
✅ Membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang.

#JBSNegara
#JBSNSelangor 
#MalaysiaMadani
#KLASRenang2025Selangor

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search