PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR @DATARAN MPKJ

PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR @DATARAN MPKJ

🗓️ 18 November 2025
📍 Dataran MPKj @ Stadium Kajang

Jaringan tunggal Faisal Halim telah memberikan tiga (3) mata berharga buat pasukan Harimau Malaya yang menunjukkan aksi bertenaga apabila berjaya menundukkan pasukan Nepal dengan jaringan 1-0 🙌

Kehadiran Yang Berusaha Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor, Encik Fairul, Majlis Perbandaran Kajang, Encik Jasalilawadi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor dan Puan MC Koh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat telah menyerikan lagi tayangan tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya seperti Sepak Penalti, Timang Bola ⚽️, Kuiz Sukan dan Cabutan Bertuah ✨

Tayangan Skrin Besar ini telah berjaya menarik perhatian komuniti dan menyatukan peminat sukan bolasepak tanah air tanpa mengira kaum, agama dan umur. Syabas dan tahniah dan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini dengan penuh semangat kesukanan dan perpaduan.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#TayanganSkrinBesar

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search