- JBS Selangor
- Hits: 19
PROGRAM RIFFS & RHYTHM CERIAKAN KAMPUNG ANGKAT MADANI KBS 2025
- JBS Selangor
- Hits: 19
PROGRAM RIFFS & RHYTHM CERIAKAN KAMPUNG ANGKAT MADANI KBS 2025
ποΈ 16 November 2025 (Ahad)
π Kampung Sungai Lui, Hulu Langat
Suasana meriah dan penuh warna memenuhi Kampung Angkat MADANI KBS 2025 sempena penganjuran Program Riffs & Rhythm, anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Ampang Baru. Program ini menerima sambutan hangat daripada komuniti setempat, menampilkan pengisian seni dan kreativiti yang menyasarkan golongan belia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahar, Pengarah JBSN Selangor π
Program ini dianjurkan sebagai platform memperkasa belia melalui seni, kreativiti dan ekspresi budaya, selaras dengan visi KBS untuk membentuk komuniti MADANI yang progresif dan inklusif. βRiffs & Rhythmβ π΅ mengetengahkan pelbagai pengisian seperti Kelas Teknik Asas Nyanyian π€ merangkumi pemanasan suara, kawalan pernafasan, postur, serta latihan vokal asas. Turut diadakan ialah persembahan mini dan pertandingan individu yang membuka ruang kepada peserta menunjukkan bakat masing-masing.
Dalam ucapannya, Encik Syamsul Tahrin menegaskan bahawa pendekatan pembangunan belia melalui seni dan budaya merupakan kaedah efektif dalam menyatupadukan masyarakat.
Penganjuran program πΆ ini diharapkan dapat memperkukuh ekosistem kreatif di peringkat akar umbi serta menyediakan ruang pembelajaran yang inklusif kepada belia. Penduduk setempat turut menyambut baik inisiatif ini yang membuka lebih banyak peluang penyertaan kepada generasi muda π€
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh
