PROGRAM JELAJAH SUKAN MALAYSIA AKTIF KOMUNITI KAMPUNG ORANG ASLI SERIGALA HULU BERNAM 2025

PROGRAM JELAJAH SUKAN MALAYSIA AKTIF KOMUNITI KAMPUNG ORANG ASLI SERIGALA HULU BERNAM 2025

🗓️ 16 November 2025 (Ahad)
📍 Kampung Orang Asli Serigala, Hulu Bernam

Program Jelajah Sukan Malaysia Aktif Komuniti Orang Asli 2025 merupakan anjuran Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) bersama-sama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

Program ini bertujuan untuk mengoptimumkan program di bawah Gaya Hidup Rakan Muda dengan penglibatan pelbagai aktiviti seperti pameran agensi kerajaan dan swasta (Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian, Program Community Policing PDRM, Pameran APM, Pameran Majlis Keselamatan Jalan Raya PDT Hulu Selangor, Pameran Pendidikan TVET (IKBN Peretak), PERKESO, Produk Makanan Adabi dan Annur, Pameran Kenderaan 4x4) serta Program Khidmat Komuniti - Penukaran Minyak Enjin Motersikal, Senamrobik, Aktiviti TID - Institut Sukan Negara, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Tarik Kereta 4x4, Pertandingan Tarik Tali dan pelbagai lagi acara sukaneka.  

Hadir merasmikan program Yang Berbahagia Tuan Yuhanas Auree bin Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor bersama Yang Berusaha Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor, Cik Normiza binti Kadar Maidin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor, Encik Mohd Khairol Nizam bin Mohammad Ibrahim Khan, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda, En. Azri a/l Satun, Pegawai JAKOA Hulu Selangor, Yang Beradat Encik Ahmad bin Bah Ngah, Tok Batin KOA Serigala Hulu Selangor serta Ketua-ketua Jabatan serta wakil Agensi Kerajaan dan swasta Daerah Hulu Selangor, pemimpin-pemimpin tempatan dan penduduk setempat. 

Program ini banyak memberi manfaat kepada semua pihak khususnya mengintegrasikan perpaduan kaum selain menjadi jentera komunikasi menyalurkan maklumat kepada masyarakat dalam memastikan kesejahteraan mental dan fizikal ke arah mewujudkan perpaduan nasional.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search