- JBS Selangor
- Hits: 61
BENGKEL PEMURNIAN SUMMER CAMP RAKAN MUDA KBS 2025
- JBS Selangor
- Hits: 61
BENGKEL PEMURNIAN SUMMER CAMP RAKAN MUDA KBS 2025
KBS melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Summer Camp Rakan Muda KBS 2025 bertempat di📍Asia Melaka Hotel dari 🗓️ 13 hingga 15 November 2025.
Bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Rakan Muda KBS dan wakil akademik UTHM bagi memperkemas modul serta metodologi program Summer Camp Rakan Muda yang akan dilaksanakan tahun 2026. Kolaborasi bersama UTHM ini turut memperkukuh aspek akademik, penyelidikan serta kesesuaian modul dengan keperluan belia masa kini.
Bengkel memberi tumpuan kepada pemurnian komponen utama seperti pembangunan kepimpinan muda, pembinaan karakter, komunikasi berkesan, perancangan aktiviti luar, keselamatan dan pengurusan risiko, selain memperkukuh elemen experiential learning yang menjadi teras Summer Camp Rakan Muda. Penambahbaikan juga melibatkan integrasi kemahiran masa depan (future skills), inovasi aktiviti berkumpulan dan pendekatan pembelajaran yang lebih inklusif dan interaktif. Disamping itu, ianya juga mengambil kira aktiviti, tempat, sasaran peserta (umur) Dan pelaksanaan program tersebut.
Menurut Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, kerjasama strategik antara KBS dan UTHM ini akan memberi nilai tambah kepada modul Summer Camp Rakan Muda dan menjadikannya lebih relevan dengan cabaran semasa dan mampu meningkatkan tahap kompetensi serta jati diri belia.
Melalui hasil bengkel ini, modul Summer Camp Rakan Muda KBS 2026 dijangka hadir dengan penstrukturan lebih mantap, kreatif dan berkesan untuk dilaksanakan di seluruh negara.
KBS terus komited mengukuhkan
Pembangunan Rakan Muda melalui program yang berimpak tinggi dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan generasi muda yang progresif, berdaya tahan dan berwawasan.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#SummerCampRakanMuda
