YOUTH CAMP: KEMAHIRAN ASAS PERKHEMAHAN BAGI PROGRAM PUSAT AKTIVITI BELIA (Y-HUB) NEGERI SELANGOR

YOUTH CAMP: KEMAHIRAN ASAS PERKHEMAHAN BAGI PROGRAM PUSAT AKTIVITI BELIA (Y-HUB) NEGERI SELANGOR

Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor telah menganjurkan program Youth Camp: Kemahiran Asas Perkhemahan bersempena pelaksanaan Program Pusat Aktiviti Belia (Y-Hub) Negeri Selangor.

Program yang berlangsung pada 🗓️ 9 November 2025 (Ahad) di📍Beting Rimbayu Campsite, Kuala Kubu Bharu telah menghimpunkan penyertaan lebih 30 orang daripada PPR Lembah Subang telah dirasmikan oleh Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor diiringi Encik Medriyanto bin Zakaria, wakil Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak dan Encik Zulkhairi bin Zainal Hisham, Pengerusi Kelab Rakan Muda (KRM) Selayang Baru sebagai rakan strategik bagi pelaksanaan program pada kali ini.

Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para belia tentang kemahiran asas perkhemahan, kepimpinan, pengurusan aktiviti luar serta nilai kerja berpasukan. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning), para peserta dilatih untuk membina daya tahan, disiplin diri, dan semangat kebersamaan sebagai asas kepada kepimpinan belia berwibawa.

Sepanjang program, peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik termasuk latihan ikhtiar hidup, asas pengurusan perkhemahan, orientasi keselamatan luar, serta sesi motivasi dan kepimpinan belia.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#YHubSelangor

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search