
- JBS Selangor
- Hits: 77
PROGRAM INTERVENSI PEMERKASAAN EKONOMI (PIPE) NEGERI SELANGOR 2025 - KURSUS PASTRI
- JBS Selangor
- Hits: 77
PROGRAM INTERVENSI PEMERKASAAN EKONOMI (PIPE) NEGERI SELANGOR 2025 - KURSUS PASTRI 🥐
Telah berlangsung Kursus Pastri pada 🗓️ 28 hingga 29 Jun 2025 dengan penyertaan seramai 34 orang. Para peserta yang hadir datang daripada pelbagai latar belakang antaranya dari Kelab Belia Shah Alam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Majlis Belia Daerah Klang, pelajar sekolah dan orang perseorangan. Program ini adalah satu inisiatif penting dalam usaha memperkasa komuniti melalui ilmu kemahiran dan keusahawanan khususnya dalam bidang pastri.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Puan Norazreen binti Sulaiman. Turut hadir memeriahkan majlis Pegawai Pemantau dari Cawangan Pembangunan Ekonomi, Puan Azlina binti Mohamad Hanapiah.
Pada hari kedua Majlis Penyampaian Sijil telah disampaikan oleh Puan Malisha Nurhanani binti Mustafa Kamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang! 👏
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI