KEMERIAHAN PENYOKONG HADIR DI LAMAN MBPJ, PETALING JAYA SEMPENA KELAYAKAN PIALA ASIA 2027

KEMERIAHAN PENYOKONG HADIR DI LAMAN MBPJ, PETALING JAYA SEMPENA KELAYAKAN PIALA ASIA 2027

💥KEMERIAHAN PENYOKONG HADIR DI LAMAN MBPJ, PETALING JAYA SEMPENA KELAYAKAN PIALA ASIA 2027💥

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menganjurkan Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Vietnam di Laman MBPJ, Petaling Jaya. Perlawanan kedua bagi pasukan negara menunjukkan kehadiran penyokong seramai hampir 600 orang yang masih setia memberi sokongan.

Antara aktiviti sampingan yang disediakan sebelum sepak mula dan semasa rehat bagi separuh masa pertama adalah Sepakan Penalti, Timang Bola, Kuiz dan Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah peralatan sukan. Perlawanan berakhir dengan Malaysia berjaya mengutip 3 mata penuh berharga. Keputusan Malaysia (4) Vietnam (0).

Turut hadir sama, Y.M Ku Mustafa bin Ku Muhammad, Timbalan Pengarah (Pembangunan Masyarakat), Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. 

#TeamSelangor
#SkrinBesar2025
#RakanAktif

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search