
- JBS Selangor
- Hits: 177
SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) NEGERI SELANGOR 2025
- JBS Selangor
- Hits: 177
SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) NEGERI SELANGOR 2025
JBSN Selangor hari ini telah melaksanakan Penilaian bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Selangor yang melibatkan tiga (3) kategori iaitu Kategori Individu Lelaki, Individu Wanita dan Pertubuhan Belia. Majlis Penyampaian APBN Peringkat Negeri 2025 akan dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri 2025 yang dijadualkan pada 🗓️ 16 hingga 18 Mei 2025 bagi memberi pengiktirafan tertinggi negara kepada belia di Malaysia.
Seramai 24 orang calon bagi kategori Individu lelaki & wanita hadir dalam sesi penilaian manakala bagi kategori pertubuhan belia penilaian diadakan di setiap premis pertubuhan belia.
Sesi penilaian APBN peringkat negeri Selangor bagi tahun 2025 melibatkan 6 orang panel yang terdiri daripada :-
Kategori Individu
1. YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof (Ketua Panel)
2. YBhg. Profesor Madya Dr. Mohd Mursyid bin Ahmad
3. Encik Shahrin bin Ahmad
Kategori Pertubuhan Belia
1. Encik Mod Nadzri bin Yaacob (Ketua Panel)
2. Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif
3. Encik Mohd Zairi bin Rosli
Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor telah menyampaikan hasrat dan ucapan terima kasih kepada semua panel yang bertanggungjawab untuk meneliti, menilai serta memilih pemenang APBN Peringkat Negeri Selangor bagi Tahun 2025.
#JBSNSelangor
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#APBN