
- JBS Selangor
- Hits: 84
89 PERTUBUHAN BELIA NEGERI SELANGOR MENERIMA SIJIL STAR RATING BAGI TAHUN 2023
- JBS Selangor
- Hits: 84
89 PERTUBUHAN BELIA NEGERI SELANGOR MENERIMA SIJIL STAR RATING BAGI TAHUN 2023
Shah Alam, 18 Januari 2025 - Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Bintang (Star Rating) kepada Pertubuhan Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor sempena Kejohanan Pickleball dan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Najwan Halimi.
Star Rating ini sebagai pengiktirafan secara formal kepada pertubuhan belia dalam pengurusan tatakelola yang baik kepada Badan Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Sebanyak 89 Pertubuhan Belia menerima sijil Star Rating bagi tahun 2023 :
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
13 Pertubuhan Belia
⭐️⭐️⭐️⭐️
39 Pertubuhan Belia
⭐️⭐️⭐️
37 Pertubuhan Belia
Pertubuhan Belia yang mendapat Star Rating mempunyai kelebihan dan keistimewaan serta nilai tambah bagi pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri dan Kebangsaan khususnya. Selain itu, keutaamaan bagi permohonan Bantuan Aktiviti NGO dan Dana Sukan Komuniti serta pelbagai platform program pembangunan belia negeri Selangor.
Antara kriteria utama dalam penarafan bintang adalah berdasarkan kepada 5 komponen utama (core element) penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang dilaporkan setiap tahun iaitu:
1) Mesyuarat Agung tahunan
2) Keahlian
3) Kewangan
4) Aktiviti
5) Ahli Jawatankuasa
Majlis penyampaian Sijil Penarafan Star Rating bagi 5 bintang disampaikan oleh oleh YB Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor dan YBhg Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor. Tahniah dan syabas kepada semua penerima Star Rating tahun 2023. Semoga menjadi inspirasi kepada semua Pertubuhan Belia di
Negeri Selangor
#TeamJBNSelangor
#BeliaSelangor
#StarRating
#MalaysiaMADANI