PBSB SRI AMAN KOMITED MEMPERKASA TADBIR URUS PERSATUAN DAN KELAB SUKAN

PBSB SRI AMAN KOMITED MEMPERKASA TADBIR URUS PERSATUAN DAN KELAB SUKAN

Disediakan oleh: MII, PBSB Sri Aman

SRI AMAN, 13 November 2026 –Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman sentiasa komited dalam memperkasa tadbir urus persatuan dan kelab sukan di Bahagian Sri Aman dengan memberikan penerangan serta konsultasi kepada pihak persatuan dalam mengemaskini Maklumat Yang Kena Beri (MYKB).

PBSB Sri Aman telah menerima kunjungan daripada Master Dickson Leo Tan, Timbalan Presiden Persatuan Tang Soo Do Bahagian Sri Aman dan Cikgu Jap Jo Ching, Presiden Kelab Tang Soo Do Engkilili hari ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat teknikal yang komprehensif mengenai tatacara penyediaan serta penghantaran laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB). Pengurusan laporan berkala ini amat perlu bagi memastikan setiap persatuan dan kelab sukan kekal aktif, telus serta mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan telah memberikan penjelasan dan langkah mengenai kaedah pengisian dokumen secara digital serta proses pengemaskinian data secara atas talian menerusi sistem portal rasmi e-ROSA. Penjelasan tersebut membantu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pihak persatuan dan kelab dalam mengemudikan sistem berkenaan dengan mudah.

Melalui inisiatif seperti ini, pentadbiran persatuan dan kelab akan menjadi lebih kukuh sekaligus mampu memacu kecemerlangan pembangunan sukan Tang Soo Do di Bahagian Sri Aman dari peringkat akar umbi ke tahap yang lebih tinggi.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMADANI

#IhsanMADANI

#HarungiBersama

#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-11-2026, 21:25:14

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search