MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 5 BERSAMA WARGA IPD SRI AMAN DAN PAWE SRI AMAN

MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 5 BERSAMA WARGA IPD SRI AMAN DAN PAWE SRI AMAN

Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak 

SRI AMAN, 12 November 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sri Aman (Siri 5) telah berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman bersama Kelab Senamrobik Bandar Benak (KSBB) ini mendapat sambutan meriah daripada warga IPD Sri Aman dan PAWE Sri Aman yang hadir bersama menyokong penglibatan dalam aktiviti kecergasan bagi menggalakkan budaya hidup sihat, cergas, aktif dan ceria.

Penyertaan seramai 119 orang peserta program turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Sri Aman, Supt. Dennis anak Bunyam serta isteri Puan Olivia Nayun anak Kunsu, Pengerusi PERKEP IPD Sri Aman, DSP Neil anak Beginda, Timbalan Ketua Polis Daerah Sri Aman, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, ahli PERKEP IPD Sri Aman dan ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sri Aman.

Penganjuran program ini bertujuan membudayakan amalan gaya hidup aktif dan sihat di samping menyediakan platform riadah yang menyeronokkan serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kecergasan secara berterusan. 

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada IPD Sri Aman dan PAWE Sri Aman yang menyokong padu usaha Pejabat ini dalam membudayakan gaya hidup sihat.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMADANI

#IhsanMADANI

#HarungiBersama

#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-11-2026, 15:41:49

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search