- JBS Sarawak
- Hits: 7
27 JUBAH, SATU TEKAD: DEMI BELIA SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
SEREMBAN, 11 November 2026 – Seramai 27 penerima dari Sarawak diraikan dalam Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ketiga 2026 di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan, sekali gus melakar detik membanggakan buat pembangunan belia negeri.
Turut menerima pentauliahan ialah Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, yang bersama para penerima meraikan pengiktirafan dalam bidang kerja belia.
Dengan jubah biru bersulam keemasan, keceriaan jelas terpancar pada wajah para penerima. Setiap senyuman membawa makna tersendiri, menandakan penghargaan terhadap usaha memperkukuh ilmu, kemahiran dan profesionalisme untuk menyantuni generasi muda.
Pentauliahan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada perkhidmatan lebih berkualiti, pendekatan lebih berkesan serta komitmen berterusan dalam memperkasa potensi belia di seluruh Sarawak.
Kebersamaan kepimpinan jabatan dan para penerima turut menyerlahkan semangat untuk terus belajar, meningkatkan keupayaan diri serta menggalas amanah pembangunan belia dengan penuh tanggungjawab.
Tahniah kepada kesemua 27 penerima atas kejayaan pentauliahan ini! Semoga ilmu yang diraih menjadi bekalan untuk mencipta lebih banyak perubahan bermakna.
Hari ini menyarung jubah kebanggaan, esok menyambung khidmat bakti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
