MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2026 SIRI 4 MERIAHKAN SUASANA DI SK GRAN/ STUMBIN

MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2026 SIRI 4 MERIAHKAN SUASANA DI SK GRAN/ STUMBIN

Disediakan oleh: MII, JBSN SARAWAK

SRI AMAN, 10 November 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 Siri 4 telah diadakan di SK Gran/ Stumbin dengan pengisian aktiviti senamrobik yang melibatkan penyertaan pelajar dan guru sekolah berkenaan. Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan komuniti khususnya warga sekolah melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan serta dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. 

Aktiviti senamrobik tersebut dikendalikan oleh barisan instruktor kecergasan daripada Kelab Senamrobik Bandar Benak (KSBB). Kerjasama di antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, SK Gran/ Stumbin bersama KSBB berkenaan telah membantu menjayakan pelaksanaan aktiviti dengan suasana yang ceria dan penuh semangat. Penglibatan semua murid dan guru menunjukkan komitmen warga sekolah dalam menyokong usaha membudayakan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. 

Program Malaysia Aktif @ Komuniti merupakan antara inisiatif untuk menggalakkan masyarakat supaya terus aktif, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta menjadikan aktiviti sukan sebagai medium memperkukuh hubungan dan semangat kebersamaan dalam komuniti. Diharapkan pelaksanaan program seumpama ini dapat diteruskan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat serta melahirkan masyarakat yang cergas, aktif dan sejahtera.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMADANI

#IhsanMADANI

#HarungiBersama

#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-11-2026, 11:36:03

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search