- JBS Sarawak
- Hits: 11
VERIFIKASI STOR PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BINTULU PERKUKUH TADBIR URUS PENGURUSAN STOR
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh: Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
BINTULU, 6 November 2026 – Pelaksanaan verifikasi stor merupakan salah satu langkah penting dalam memastikan pengurusan aset dan bekalan kerajaan dilaksanakan secara teratur, sistematik serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Aktiviti pemeriksaan tersebut telah dilaksanakan oleh dua orang pegawai pemeriksa, iaitu Puan Jamaika binti Marciano dan Puan Nurul Aini binti Rahmat, di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu pada 6 November 2026.
Pelaksanaan verifikasi ini adalah berpandukan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (AM 6), yang menetapkan garis panduan berkaitan pengurusan, penyimpanan, pemeriksaan dan kawalan stok kerajaan.
Pemeriksaan ini bertujuan memastikan rekod stor sentiasa dikemas kini, kuantiti fizikal stok adalah selaras dengan rekod serta penyimpanan barang dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan.
Usaha ini diharap dapat memperkukuh tadbir urus pengurusan stor, meningkatkan akauntabiliti serta memastikan pengurusan bekalan kerajaan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berintegriti.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
