MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PUPUK GAYA HIDUP AKTIF DAN SIHAT WARGA SRI AMAN

MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PUPUK GAYA HIDUP AKTIF DAN SIHAT WARGA SRI AMAN

Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak 

SRI AMAN, 8 November 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sri Aman (Siri 3) telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Sri Aman.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Kelab Senamrobik Bandar Benak (KSBB) ini mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat yang hadir bagi bersama-sama menyertai aktiviti kecergasan dalam suasana ceria dan bertenaga.

Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan turut hadir sama ke program tersebut di samping memantau pelaksanaan program bagi tujuan pelaporan.

Penganjuran program ini bertujuan membudayakan amalan gaya hidup aktif dan sihat di samping menyediakan platform riadah yang menyeronokkan serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kecergasan secara berterusan. 

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMADANI

#IhsanMADANI

#HarungiBersama

#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-11-2026, 10:47:23

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search