59 PASUKAN BERENTAP REBUT PIALA DATUK FRANCIS HARDEN ANAK HOLLIS

59 PASUKAN BERENTAP REBUT PIALA DATUK FRANCIS HARDEN ANAK HOLLIS

Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 7 November 2026 - Penyertaan 59 pasukan dari beberapa daerah di Sarawak dalam Kejohanan Petanque Open Double Piala Datuk Francis Harden anak Hollis membuktikan sukan itu terus mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai latar belakang umur dan kaum.

Kejohanan selama dua hari bermula 7 hingga 8 November itu berlangsung di Arena Petanque Sri Aman dan dirasmikan Presiden Persatuan Sukan Boules Negeri Sarawak, Datuk Wan Abdillah Edruce bin Wan Abdul Rahman pada Sabtu. Hadir sama dalam Majlis Perasmian Kejohanan adalah Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Dr. Wong Lin Hui, Pengerusi Kejohanan dan Encik Abang Rosni bin Abang Moslini, Presiden Persatuan Sukan Boules Bahagian Sri Aman.

Menurut Datuk Wan Abdillah, kejohanan tersebut bukan sahaja menyediakan platform kepada pemain untuk menguji kemahiran dan meningkatkan prestasi malah menggalakkan persaingan secara sihat serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan.

Penganjuran seperti ini juga menjadi medium memperkukuh hubungan silaturahim antara komuniti sukan dari pelbagai daerah selain mempromosikan Sri Aman sebagai lokasi penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi.

Presiden turut memberikan komitmen bagi meningkat usaha Persatuan Negeri untuk menjadikan sukan boules setanding dengan sukan-sukan lain dengan sokongan daripada Persatuan Bahagian dan juga kelab-kelab akar umbi.

Penganjuran oleh Kelab Boules Patologi Hospital Sri Aman dengan kerjasama Persatuan Sukan Boules Bahagian Sri Aman itu turut menjadi medium pemain-pemain dari pelbagai daerah bukan sahaja untuk menguji kemahiran malah bertukar pendapat bagi menyebar luas sukan boules dan menarik minat generasi muda bergiat dalam sukan boules. 

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMADANI

#IhsanMADANI

#HarungiBersama

#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-11-2026, 10:47:23

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search