- JBS Sarawak
- Hits: 28
PBSB Samarahan Menjadi Destinasi Terakhir Siri Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan JBSN Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 28
PBSB Samarahan Menjadi Destinasi Terakhir Siri Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan JBSN Sarawak
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 5 November 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan menjadi destinasi terakhir bagi pelaksanaan siri pemeriksaan Aset Alih Kerajaan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang berlangsung pada 4 November 2026. Pemeriksaan tersebut telah dilaksanakan oleh Puan Fatimah Abdul Rahman dan Puan Margaret Sawing selaku pegawai pemeriksa aset bagi memastikan rekod serta keadaan fizikal aset kerajaan disemak dan dikenal pasti selaras dengan tatacara pengurusan aset yang ditetapkan.
Pelaksanaan pemeriksaan di PBSB Samarahan ini melengkapkan siri pemeriksaan aset di pejabat-pejabat bahagian yang terlibat. Inisiatif ini mencerminkan komitmen JBSN Sarawak dalam memastikan pengurusan aset kerajaan dilaksanakan secara sistematik, cekap dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip integriti serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBSBKuching
