- JBS Sarawak
- Hits: 8
PEMERIKSAAN ASET TAHUN 2026 DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 4 November 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan 2 orang Pegawai Pemeriksa Aset daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 3 November 2026 bagi tujuan pelaksanaan Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di pejabat ini.
Tujuan pemeriksaan aset dilakukan adalah untuk memastikan aset berfungsi dengan baik, boleh digunakan secara optimum, atau sama ada ia memerlukan penyelenggaraan, mempunyai daftar atau rekod yang tepat, lengkap, dan sentiasa dikemas kini, aset berada di lokasi fizikal yang sama seperti yang tercatat dalam daftar atau rekod, mencegah kehilangan dan kerosakan serta memperkemas kawalan dan akauntabiliti pegawai yang bertanggungjawab.
Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pegawai Pemeriksa Aset iaitu Puan Fatimah binti Abdul Rahman dan Cik Margaret Sawing atas komitmen, kerjasama dan pandangan semasa pelaksanaan tugas pemeriksaan dijalankan.
Semoga usaha berterusan dalam memperkukuhkan pengurusan aset kerajaan ini dapat meningkatkan ketelitian dan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta tadbir urus yang lebih baik di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
