- JBS Sarawak
- Hits: 4
PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SRI AMAN HADIR KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG BAHAGIAN SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 4
Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 31 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menghadiri Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sri Aman yang berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Penganjuran Program Sarawakku Sayang di Bahagian Sri Aman merupakan platform mendekatkan pentadbiran Kerajaan Sarawak dengan rakyat serta menyampaikan aspirasi dan hala tuju pembangunan negeri.
Premier Sarawak dalam amanatnya mengingatkan kepentingan berterusan menjaga kesihatan agar dapat terus menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan pembangunan negeri supaya dapat melaksanakan tanggungjawab serta memberikan khidmat kepada masyarakat dengan lebih berkesan.
Premier Sarawak turut memberikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam menyediakan pendidikan percuma kepada anak-anak Sarawak. Inisiatif FTES akan membuka peluang kepada anak-anak Sarawak untuk melanjutkan pengajian dan melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran bagi menghadapi keperluan masa hadapan serta bersaing di peringkat global.
Dalam majlis itu juga, Premier Sarawak turut menyampaikan simbolik Bantuan Sumbangan Asas Sarawak (SKAS), Penyampaian Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) dan Penyampaian Tawaran Kemasukan Ke Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS) kepada para penerima.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman komited menyokong agenda pembangunan serta modal insan Kerajaan Negeri Sarawak khususnya di Bahagian Sri Aman bagi memastikan komuniti belia dan sukan akan terus maju dan berdaya saing.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
