- JBS Sarawak
- Hits: 5
PBSB SRI AMAN HADIR MAJLIS SOFT LAUNCHING PROGRAM SARAWAKKU SAYANG (SKS) SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh : ABG, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 30 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah memenuhi jemputan ke Majlis Soft Launching Sarawakku Sayang di Kompleks Sukan Sri Aman hari ini. Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman bersama Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan dan Puan Norfazira binti Saadi dari Cawangan Pembangunan Belia bersama jemputan lain menyambut ketibaan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan yang merasmikan Majlis Soft Launching tersebut dan berkunjung ke reruai pameran perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung.
SKS edisi kali ini menampilkan Sri Aman Kitchen yang mana pengunjung disediakan dengan pelbagai hidangan makanan dan produk daripada peniaga serta pengusaha perusahaan kecil tempatan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman sentiasa komited menyokong usaha Kerajaan Sarawak mendekatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan menyeru kehadiran orang ramai di sekitar Sri Aman berkunjung ke program tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
