LARIAN FUN RUN DAN SENAMROBIK DAN RITMA FIT DANCE MERIAHKAN MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI SIRI 6

Disediakan oleh : NL, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 26 Oktober 2026 – Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) bertukar ceria dan bertenaga apabila menjadi lokasi penganjuran Program Malaysia Aktif@Komuniti 2026 Peringkat Bahagian Samarahan Siri 5 yang berlangsung dengan jayanya pada Ahad, 25 Oktober 2026.

Program berimpak tinggi ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan jalinan kerjasama strategik bersama Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan serta pihak Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) selaku tuan rumah. Kombinasi kerjasama ini berjaya menarik penyertaan luar biasa daripada komuniti setempat dan warga tani.

Seawal jam 6.30 pagi, perkarangan PPNS sudah mula dibanjiri peserta bagi acara pembukaan iaitu Fun Run. Larian santai ini dibahagikan kepada dua kategori jarak iaitu laluan mesra keluarga 2.5 KM dan kategori mencabar 4.2 KM. Suasana pelepasan larian (flag-off) cukup meriah dengan pelbagai lapisan umur peserta yang bersemangat menamatkan larian masing-masing bagi mendapatkan pingat penamat.

Kemeriahan program diteruskan lagi pada jam 9.00 pagi dengan pengisian aktiviti kecergasan berirama yang berpusat di tapak utama. Para peserta dihidangkan dengan sesi Senamrobik dan Fit Dance bertenaga tinggi yang dikendalikan khas oleh instruktur berpengalaman daripada Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan. Rentak muzik yang rancak digabungkan dengan gerakan tarian kecergasan berjaya mengekalkan momentum keceriaan sehingga ke penghujung program.

Selain mempromosikan gaya hidup sihat fizikal dan mental menerusi kepelbagaian aktiviti, program ini menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan jaringan sosial antara agensi sukan, badan korporat peladang, dan masyarakat akar umbi. Pihak penganjur berharap agar momentum budaya aktif yang ditunjukkan sepanjang Siri 5 ini dapat terus kekal menjadi amalan seharian warga Samarahan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-10-2026, 15:24:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search