- JBS Sarawak
- Hits: 8
JELAJAH RAKAN MUDA SIRI 3 PERKASA POTENSI BELIA DI KOTA SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: AJID, JBSN Sarawak
KOTA SAMARAHAN, 21 OKTOBER 2026 – Program Jelajah Rakan Muda Siri 3 telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan sebagai platform mendekati golongan belia serta memperkukuh penglibatan mereka dalam aktiviti pembangunan diri dan komuniti.
Program ini turut mendapat sokongan Ts. Haji Mohd Yasir bin Aziz, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan, serta Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Penganjuran program ini memberi ruang kepada belia untuk mengenali aspirasi dan inisiatif Rakan Muda, di samping memupuk nilai kepimpinan, kerjasama, kesukarelawanan dan gaya hidup positif.
Melalui pendekatan yang mesra belia, program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penyertaan aktif dalam aktiviti berfaedah, sekali gus melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berkeyakinan dan prihatin terhadap masyarakat, khususnya di kawasan Kota Samarahan.
