Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Di PBSB Kuching

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Di PBSB Kuching

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Di PBSB Kuching

Disediakan oleh : PCES, JBSN Sarawak

KUCHING, 23 Oktober 2026 – Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan telah dilaksanakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kuching) pada 19 Oktober 2026 bagi memastikan pengurusan aset dan rekod jabatan sentiasa teratur serta dikemas kini.

Pemeriksaan tersebut dilaksanakan oleh Encik Roley Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, bersama-sama Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Sebanyak 48 aset yang merangkumi kategori Harta Modal dan Inventori telah diperiksa bagi memastikan maklumat serta rekod aset diselenggara dengan baik, selaras dengan keperluan pengurusan aset alih kerajaan.

Pelaksanaan pemeriksaan ini merupakan salah satu langkah penting untuk memastikan aset kerajaan diurus secara sistematik, teratur dan bertanggungjawab. Usaha ini juga bertujuan menyokong kelancaran urusan pentadbiran serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan jabatan.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search