- JBS Sarawak
- Hits: 15
SESI SANTAI BERSAMA PENGARAH JBS NEGERI SARAWAK – PENGUKUHAN SEMANGAT MALAYSIA MADANI DAN AGENDA REFORMASI PENJAWAT AWAM
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak
KUCHING, 22 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah dalam Sesi Santai bersama Pengarah JBS Negeri Sarawak di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Dalam taklimat ini, YBrs. Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah JBS Negeri Sarawak berkongsi maklumat dan ruang untuk memperkukuh kefahaman, menyatukan pemikiran dan menghayati nilai-nilai Malaysia MADANI dalam melaksanakan amanah sebagai penjawat awam.
Beliau juga menekankan semangat Malaysia MADANI perlu bermula dengan membina jiwa, pemikiran dan semangat kebersamaan dalam kalangan sesama warga dan bukan sekadar slogan untuk disebut tetapi nilai yang perlu diterjemahkan melalui tindakan, budaya kerja dan teladan setiap hari.
Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Inisiatif ini digerakkan secara menyeluruh berpandukan lima teras utama iaitu:-
•Penghayatan Nilai & Tatakelola – Memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik.
•Pembangunan Modal Insan – Membangunkan penjawat awam yang berkualiti.
•Pembangunan Organisasi – Mengoptimumkan struktur dan sumber organisasi.
•Penyampaian Perkhidmatan – Mempercepat dan memudahkan urusan rakyat.
•Sinergi Awam & Swasta – Memperkukuh kerjasama untuk pertumbuhan ekonomi.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman komited menyokong usaha ini ke arah pembentukan perkhidmatan awam yang lebih cekap, responsif dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
