- JBS Sarawak
- Hits: 15
KENYALANG SISTERS JOHAN PERTANDINGAN AEROBICTHON PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 15
KENYALANG SISTERS JOHAN PERTANDINGAN AEROBICTHON PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2026
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 17 Oktober 2026 – Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Betong 2026 telah berlangsung dengan meriah bertempat di Dewan Panglima Rentap Betong. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Johan: Kenyalang Sisters
Naib Johan:Palm Paradise PMBS
Tempat Ketiga: 4 Beat Squart
Tempat Keempat:Sweet Bee
Tempat Kelima:RKB Fit & Fun
Peserta Lelaki Terbaik: Pope Po anak Benjamin
Peserta Wanita Terbaik:Siti Aishah bt Suhaili
Saguhati Khas Kumpulan Tema Paling Havoc: Pancaran Sinaran
Saguhati Khas Individu Paling Otai: Samiah binti Chee
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta peserta atas komitmen, semangat kesukanan dan penyertaan yang amat membanggakan. Semoga penganjuran seumpama ini terus menjadi platform dalam membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia Aktif.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan juri, petugas, rakan strategik, para peserta serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#MalaysiaAktif
#HSN2026
#jbssarawak
#pbsbbetong
