- JBS Sarawak
- Hits: 7
Kejohanan Ultimate Frisbee U18 dan U12 HSN Mukah 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 20 OKTOBER 2026 – Kejohanan Ultimate Frisbee sempena Hari Sukan Negara Bahagian Mukah telah berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah di bawah kelolaan bersama SMK St Patrick dan SK Kampung Seberang. Kejohanan ini telah diadakan di Padang SK Kampung Seberang Mukah.
Kejohanan tahun ini kita memberi peluang kepada bakat - bakat muda dari sekolah rendah dan kita telah berjaya menghimpun 11 pasukan Bawah 12 tahun iaitu dari SK Kampung Seberang, SK Kampung Tellian, SK Kuala Balingian , SK Penakup Ulu dan SK Parish. Manakala bagi Kategori Bawah 18 tahun kita berjaya menghimpun 14 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan iaitu dari SMK St Patrick, SMK Three Rivers, SMK Mukah , SMK Oya, SMK Agama Igan dan MRSM Mukah.
Hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohammad Arbi Rosli, wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Daerah Mukah bersama Guru Besar SK Kampung Seberang Mukah dan Guru Besar SK Parish, Mukah. Dalam ucapan beliau, pejabat akan terus membantu membangunkan sukan Frisbee kerana anak-anak Mukah banyak yang telah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Beliau turut memaklumkan kepada PPD dan hadirin yang hadir akan membantu dalam mendaftarkan Kelab Frisbee di Mukah bagi memudahkan pengurusan sukan frisbee ke peringkat yang lebih tinggi dan meluas. Pejabat dengan rasa berbesar hati komited akan menyokong pengajuran sukan frisbee pada tahun hadapan dengan mengharapkan kerjasama penuh dari pihak sekolah serta barisan kejurulatihan dan teknikal.
