- JBS Sarawak
- Hits: 24
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 7 Oktober 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Bahagian Sarikei telah diadakan pada 7 Oktober 2026 bagi membincangkan persediaan dan penyelarasan pelaksanaan sambutan Hari Sukan Negara yang dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober 2026 bertempat di Dewan Suarah Sarikei.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Shafrie bin Saili, Pemangku Residen Bahagian Sarikei. Pembentangan dilaksanakan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Mesyuarat tersebut juga dengan penglibatan jabatan, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk taklimat pelaksanaan program, pelantikan jawatankuasa pelaksana, agihan tugas kepada jabatan dan agensi, implikasi kewangan serta penyelarasan logistik bagi memastikan kelancaran program.
Sambutan HSN 2026 Peringkat Bahagian Sarikei turut menampilkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi, antaranya Run Sarikei, Mass Fit Aerobic, Pertandingan Aerobicthon dan Pertandingan Slingshoot. Pelbagai aktiviti ini diharap dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti fizikal, di samping memupuk gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan komuniti setempat.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam membudayakan sukan serta memperkukuh semangat perpaduan melalui penyertaan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.
Ayuh Sarikei! Bersama-sama memeriahkan Hari Sukan Negara 2026 dan menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup seharian.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
