- JBS Sarawak
- Hits: 22
KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN TAPAK KEM BELIA @RAKAN PRIHATIN 2026 BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan Oleh : JT, JBSN Sarawak
BETONG, 8 Oktober 2026 – Cik Jojo anak Tehan dan Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah melakukan kunjungan hormat ke Sekolah Menengah Kebangsaan (BM) Saratok pada 7 Oktober 2026.
Tujuan kunjungan hormat adalah untuk membincang dan menyelaras persiapan program seterusnya melakukan lawatan tapak tempat pelaksanaan Kem Belia @Rakan Prihatin Tahun 2026 Peringkat Bahagian Betong yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 bertempat di SMK (BM) Saratok. Perbincangan meliputi aspek pengurusan program, pengisian aktiviti, keselamatan, kebajikan peserta, logistik serta penugasan bersama rakan strategik.
Objektif program ini memfokuskan untuk meningkatkan kesedaran belia terhadap tanggungjawab diri dan masyarakat, bahaya gejala sosial serta memupuk nilai murni selaras dengan pembangunan belia positif (8C). Program ini nanti akan melibatkan 50 orang pelajar sekolah di sekitar Saratok.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mencucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (BM) Saratok atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
