PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2026

PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2026

Disediakan oleh: Az, JBSN 

BETONG, 7 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026 telah memulakan pelaksanaannya 6 Oktober 2026 bertempat di Politeknik METrO Betong. Program ini merupakan siri pertama daripada 12 siri yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Betong bagi tahun 2026.

Pelaksanaan program ini bertujuan memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kecergasan yang memberi manfaat dari aspek kesihatan, kecergasan fizikal dan perpaduan dalam kalangan komuniti.

Selain itu, Program Malaysia Aktif @ Komuniti turut menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. Pelaksanaan program secara bersiri ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan aktiviti fizikal serta membudayakan amalan bersukan dan kecergasan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.Turut hadir memeriahkan pelaksanaan program ialah Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#MalaysiaAktif

#HSN2026

#jbssarawak

#pbsbbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search