- JBS Sarawak
- Hits: 15
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARAS PENYELENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA PERSEKUTUAN SRI AMAN (JKPPBGP) BIL. 3/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 7 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Sri Aman (JKPPBGP) Bil. 3/2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Gunung Lesung, Tingkat 1, Wisma Persekutuan Fasa II, Jalan Kejatau.
Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman turut membuat pembentangan kepada ahli mesyuarat berkenaan cadangan pelaksanaan Senamrobik @ Wisma Persekutuan yang dijadualkan dilaksanakan pada 16 Oktober 2026 sebagai salah satu pengisian Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman. Mesyuarat turut membincangkan isu-isu yang timbul di Bangunan Gunasama Persekutuan termasuk status permohonan kuarters Persekutuan di Bahagian Sri Aman.
Mesyuarat dipengerusikan Encik Mosidi bin Husseini, Pegawai Mahkamah Sesyen Sri Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Sri Aman (JKPPBGP) dan dihadiri oleh agensi-agensi daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman, Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman, Jabatan Perangkaan Sri Aman, Jabatan Pengangkutan Jalan Bahagian Sri Aman, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Pejabat RELA Daerah Sri Aman, Pejabat Imigresen Bahagian Sri Aman, Jabatan Pendaftaran Negara Bahagian Sri Aman, Jabatan Akauntan Negara Bahagian Sri Aman, Pejabat KEMAS Bahagian Sri Aman, Jabatan Tenaga Kerja Bahagian Sri Aman, Pejabat KPDN Bahagian Sri Aman, JPNIN Sri Aman, Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Sri Aman, AADK Daerah Sri Aman dan Syarikat Ambang Wira Sdn. Bhd.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
