MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA (HSN2026) PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN DAN MADANI GAMANG FUN RUN

Disediakan oleh: MII, PBSB Sri Aman

SRI AMAN, 7 Oktober 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman dan MADANI Gamang Fun Run telah berlangsung di Bilik Kuliah, SMK Sri Aman.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Noorazlinawati Ahmad PKHEM SMK Sri Aman dan turut dihadiri oleh Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merangkap Pegawai Penyelaras Program Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 dan Encik Sazali bin Dillah, Pegawai Cawangan Pembangunan Belia.

Ahli mesyuarat telah diberikan taklimat berkenaan gerak kerja dan status semasa persiapan Majlis Perasmian dan MADANI Gamang Fun Run yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 17 Oktober 2026. Dijangkakan seramai 1,000 peserta akan menyertai acara larian tersebut di samping pelbagai aktiviti sampingan akan menjadi tarikan kepada para pengunjung.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman turut mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi tujuan pelaksanaan program tersebut sejajar dengan objektif membudayakan gaya hidup sihat di kalangan komuniti khasnya bagi penduduk di Bahagian Sri Aman.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search