- JBS Sarawak
- Hits: 16
LAWAT TAPAK PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan Oleh: MCG,PPBSBKAPIT
SONG, 8 OKTOBER 2026 – Satu lawatan tapak bagi persiapan Program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Kapit 2026 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 2, Song. Lawatan tapak tersebut melibatkan Cikgu Johnes Anak Nyangga selaku Penyelaras Program serta Encik Herbert Sumok Anak Johnny, Presiden Kelab Sukan Rekreasi Gagasan Pekan Song.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan dan kesesuaian lokasi program serta membincangkan keperluan-keperluan yang perlu disediakan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program yang dijadualkan pada 17 Oktober 2026 (Sabtu).
Antara perkara yang diberi perhatian termasuk penyediaan kawasan aktiviti, susun atur tapak, keperluan peralatan sukan, sistem siar raya, kemudahan peserta, ruang urus setia serta aspek keselamatan dan pengurusan pergerakan peserta sepanjang program berlangsung. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penyelarasan tugasan antara pihak penganjur, pihak sekolah dan Kelab Sukan Rekreasi Gagasan Pekan Song bagi memastikan setiap persiapan dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut keperluan program.
Program Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026 diharap dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kecergasan dan sukan di samping menyemarakkan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan komuniti setempat. Lawatan tapak ini merupakan antara langkah persediaan akhir bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar, selamat dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#HSN2026
#pbsbkapit
#rakanaktif
#rakandigital
