- JBS Sarawak
- Hits: 26
MESYUARAT PROGRAM HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh : NL
SAMARAHAN, 18 September 2026 - Satu mesyuarat bagi penyelarasan Program Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Bahagian Samarahan telah diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat lepas.
Program yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Moyan Laut, Asajaya itu telah dihadiri oleh seramai 30 orang wakil daripada pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) tempatan. Kehadiran ahli mesyuarat ini mencerminkan komitmen tinggi seluruh pihak dalam menjayakan agenda sukan negara di peringkat bahagian.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Asajaya, Encik Jerry Zanuddin Bin Bidin. Turut bersama-sama dalam barisan jawatankuasa utama mesyuarat berkenaan ialah Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan sebagai penganjur bagi program ini.
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah gerak kerja logistik, pengisian aktiviti sepanjang program, serta pembahagian tugas bagi memastikan kelancaran sambutan HSN 2026 yang bakal melibatkan penyertaan komuniti secara menyeluruh di Bahagian Samarahan.
#TeamKBS
#TeamKBS
#TeamJBSN
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaAktif
#MalaysiaMADANI
