- JBS Sarawak
- Hits: 25
PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SRI AMAN LAKSANA MESYUARAT BERKALA BIL. 3 TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh : NFS. JBSN Sarawak
SRI AMAN, 1 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah melaksanakan Mesyuarat Berkala Bil. 3 bagi Tahun 2026 iaitu Mesyuarat Pengurusan Pejabat, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Keselamatan Pejabat.
Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan, pentadbiran, kewangan, aset, pelaporan perancangan dan pelaksanaan program Belia, Sukan dan Rakan Muda agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dalam amanat Pengerusi memberi penekanan terhadap aspek pemantapan penyampaian perkhidmatan, keberkesanan pengurusan program serta usaha memperkasakan agenda pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda di Bahagian Sri Aman selain memberi peringatan berkenaan pengukuhan jati diri, integriti serta pematuhan kepada arahan perkhidmatan yang berkuatkuasa semasa. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan di atas kejayaan penganjuran program dan melepasi sasaran KPI sepanjang bulan Ogos dan September serta mengekalkan prestasi 100% pembayaran bil sempurna di bawah 7 hari.
Pejabat ini komited memastikan tadbir urus dan tatakelola yang cemerlang dapat diterjemahkan melalui tindakan yang berkesan serta memberikan impak positif kepada kumpulan sasar melalui pelaksanaan program-program yang berkualiti dan penyampaian perkhidmatan yang mampan serta menyeluruh.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
