- JBS Sarawak
- Hits: 22
WACANA KEPIMPINAN INTAN: KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh: ML
Accordion summary...
Accordion body...
SAMARAHAN, 15 September 2026 - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Sarawak telah mengadakan Wacana Kepimpinan INTAN: Keselamatan Sempadan Negara Tanggungjawab Bersama pada 15 September 2026 bertempat di Auditorium INTAN Kampus Wilayah Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. Wacana ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan dan penjawat awam yang berada di Bahagian Samarahan dan Bahagian Kuching.
Antara tujuan Wacana Kepimpinan INTAN: Keselamatan Sempadan Tanggungjawab Bersama ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan makluman kepada semua agensi dan penjawat awam yang hadir berkaitan tugas dan fungsi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS). Tajuk ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah AKPS iaitu YBhg. Dato ’Sri Mohd. Shuhaily Bin Mohd. Zain. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah diwakili oleh Encik Abu Bin Amir, Encik Freddy Anak Jombing dan Encik Mark Leroy Anak Anthony.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
