- JBS Sarawak
- Hits: 24
PEMBENTANGAN PERANCANGAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN TAHUN 2026 KEPADA RESIDEN BAHAGIAN SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh: ML
SAMARAHAN, 1 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah mengadakan perjumpaan dengan Tuan Mohamad Irwan Bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan bagi membentangkan perancangan pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Samarahan Tahun 2026 pada 17 Okotober 2026 bertempat di kampong Moyan Laut Asajaya .
Perjumpaan ini diketuai oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan pembentangan perancangan program Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Bahagian Samarahan.
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah Majlis Perasmian, Larian Madani, Berjalan Ria Madani, Aerobicthon, Futsal Wanita, Pertandingan Mewarna, Sukaneka, Footgolf, Dam Aji, Pemeriksaan Kesihatan.
Sokongan Tuan Residen dan penglibatan bersepadu daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta amat diharapkan dalam memastikan kejayaan penganjuran HSN 2026 bagi merealisasikan visi 'Sukan Untuk Semua', sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang aktif, cergas, dan produktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
