Program KLAS Seni Bela Diri Bahagian Mukah Dijangka Bermula November Ini

Program KLAS Seni Bela Diri Bahagian Mukah Dijangka Bermula November Ini

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 30 SEPTEMBER 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah hari ini telah mengadakan perbincangan bagi menyelaraskan pelaksanaan Program  KLAS Seni Bela Diri Peringkat Bahagian Mukah Bagi Tahun 2026. Perbincangan berkenaan diketuai Encik Mohammad Arbi Rosli, Pegawai Penyelaras Program bersama Encik Cornellius Ngindang Adam (Jurulatih Muaythai) dan Encik Ho Ing Siong (Jurulatih Wushu).

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Persatuan Wushu Bahagian Mukah dan Tugau Muaythai Club ini dijangka akan dilaksanakan pada bulan November depan dengan memberi tumpuan kepada dua disiplin seni mempertahankan diri iaitu Muaythai dan Wushu. Antara lokasi yang dicadangkan bagi penganjuran program ini termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tellian, Mukah.

Mengulas mengenai struktur pelaksanaan, program ini bakal melibatkan sebanyak tiga (3) sesi latihan bagi setiap jenis sukan. Setiap sesi latihan yang dijalankan, menyasarkan penyertaan seramai 40 orang peserta. Inisiatif ini bertujuan untuk mendedahkan golongan muda kepada teknik asas seni mempertahankan diri, di samping memupuk disiplin, membina ketahanan fizikal dan mental, serta mencungkil bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search