- JBS Sarawak
- Hits: 16
Persiapan KLAS Pribumi Bahagian Mukah 2026 Bermula, Tinjau Fasiliti MRSM Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 30 SEPTEMBER 2026 – Satu lawatan tapak bagi persiapan Program Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Pribumi Peringkat Bahagian Mukah 2026 telah diadakan pada 29 September 2026 bertempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mukah. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau serta memastikan fasiliti dan tempat latihan berada dalam keadaan bersedia menjelang pelaksanaan program berkenaan.
Sesi tinjauan ini diketuai oleh Pegawai Penyelaras, Encik Mohammad Arbi Rosli, bersama-sama Puan Noorlina Mirais dan Puan Hatijah Halidi yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Turut hadir bagi memudah cara lawatan di pihak tuan rumah ialah Cikgu Gloria Meedin Sumbang dan Ustaz Faiz Hatim Hanapi dari MRSM Mukah.
Program KLAS Pribumi Peringkat Bahagian Mukah 2026 kali ini memberi tumpuan kepada dua acara sukan utama, iaitu Futsal dan Bola Jaring. Program ini dijadualkan berlangsung sebanyak empat sesi sepanjang bulan Oktober, bermula dari 3 Oktober 2026 hingga 24 Oktober 2026. Penganjuran kursus ini dijangka bakal memberi manfaat kepada lebih 100 orang peserta dalam kalangan komuniti pribumi, sekali gus memupuk minat dan bakat baharu dalam bidang sukan di peringkat bahagian.
