- JBS Sarawak
- Hits: 21
LAWATAN DAN PEMERIKSAAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: JJ, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 29 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menerima lawatan pegawai yang sebagai Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Alih Kerajaan iaitu Puan Joyce Anyie dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan Cik Azira binti A. Manan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong bagi menjalankan pemeriksaan pelupusan aset kerajaan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
Tujuan pemeriksaan pelupusan aset diadakan bagi untuk meneliti syor dan kaedah pelupusan serta memenuhi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Pelupusan) bagi melupuskan aset yang tidak ekonomi untuk dibaiki. Pegawai Lembaga Pemeriksa Pelupusan telah membuat semakan dokumen-dokumen berkaitan serta pemeriksaan ke atas aset berkenaan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan kerjasama pihak Lembaga Pemeriksaan Pelupusan dalam melaksanakan pemeriksaan tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
