- JBS Sarawak
- Hits: 33
PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SRI AMAN HADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT BIL. 3 TAHUN 2026 KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh – ABG, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 28 September 2026 - YBhg. Encik Abdullah bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Bilangan 3 Tahun 2026 Kementerian Belia dan Sukan. Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini telah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hadir ke mesyuarat tersebut secara dalam talian.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Unit Audit Dalam, KBS dalam memastikan tindakan pembetulan (corrective) dan pencegahan (preventive) dapat diambil untuk mengelakkan kelemahan yang sama daripada berulang.
Mesyuarat turut memberi penekanan terhadap tata kelola yang baik (good governance) dan nilai faedah yang terbaik (best value for money) bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan akauntabiliti penyampaian perkhidmatan agensi di bawah KBS.
Pejabat Belia dan Sukan Bajagian Sri Aman akan terus komited memperkukuhkan sistem tadbir urus kewangan yang berintegriti selaras dengan prinsip akauntabiliti dan ketelusan dalam perkhidmatan awam.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
