- JBS Sarawak
- Hits: 27
Sesi Training Of Trainers Sistem Dashboard Belia JBSN Perkasa Pengurusan Data Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: Nuff,JBSN Sarawak
BINTULU, 23 SEPTEMBER 2026: Satu Sesi Training of Trainers (TOT) Sistem Dashboard Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah diadakan sebagai usaha memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kecekapan pegawai dalam penggunaan sistem dashboard bagi pengurusan maklumat dan data berkaitan pembangunan belia.
Sesi latihan ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi, kaedah penggunaan serta pengurusan data melalui Sistem Dashboard Belia JBSN. Latihan turut memberi penekanan kepada aspek kemas kini data, semakan maklumat serta penyediaan data yang lebih sistematik dan bersepadu.
Melalui penggunaan sistem dashboard secara lebih berkesan, pengurusan data belia dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, tepat dan mudah diakses. Data yang dikumpulkan juga dapat membantu jabatan dalam merancang, melaksanakan serta menilai program pembangunan belia berdasarkan maklumat yang lebih menyeluruh.
Sesi latihan ini diharap dapat meningkatkan tahap kecekapan warga kerja JBSN dalam menguruskan data serta memastikan maklumat berkaitan belia sentiasa dikemas kini dan boleh dimanfaatkan bagi menyokong perancangan pembangunan belia yang lebih berkesan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
