- JBS Sarawak
- Hits: 24
Pembayaran Bil Kurang 7 Hari: Komitmen Kepada Pengurusan Kewangan Cekap
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh: Everlyn M., JBSN Sarawak
BINTULU 22 SEPTEMBER 2026: Sesi taklimat Kelewatan Bil 7 Hari di Bawah Kementerian Belia Dan Sukan – Jabatan Belia Dan Sukan Bintulu telah diadakan pada 22 September 2026 secara Google Meet Online telah dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.
Tujuan kehadiran semua kakitangan dalam taklimat ini adalah untuk memastikan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu untuk terus komited dalam memastikan urusan pengurusan kewangan dan pentadbiran dilaksanakan dengan cekap, teratur serta menepati tempoh yang ditetapkan. Komitmen ini juga mencerminkan keprihatinan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dalam memastikan pihak pembekal menerima bayaran dalam tempoh yang sewajarnya.
Sehubungan itu, taklimat ini juga penting bagi urusan pembayaran bil bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan di setiap Pejabat Belia dan Sukan Bahagian untuk dilaksanakan dalam tempoh kurang daripada tujuh (7) hari selepas dokumen penerimaan dan invois yang lengkap diterima. Pelaksanaan pembayaran dalam tempoh tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak pejabat dalam mempercepatkan proses pembayaran serta memastikan urusan kewangan dilaksanakan secara sistematik, telus dan berkesan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
