- JBS Sarawak
- Hits: 26
Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Bintulu Edisi Ke-2 Piala Pusingan Presiden KSR Onehead Bintulu Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 20 SEPTEMBER 2026: Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu, Encik Jeremy Anak Luguh hadir menyaksikan Perlawanan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Bintulu 2026 yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Rekreasi OneHead Bintulu. Kejohanan yang diadakan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 September 2026 bertempat di Padang Sintetik BDA dan disertai oleh 16 pasukan yang datang dari dalam dan luar bahagian Bintulu.
Kejohanan Ini merupakan edisi Kedua yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi OneHead Bintulu dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA) yang turut mendapat peruntukan melalui Dana Sukan Komuniti (DSK) bagi pengelolaan kejohanan pada kali ini. Kejohanan turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas pemain Sarawak era 90an yang mewakili pasukan masing-masing.
Semoga Kelab KSR OneHead akan terus kekal aktif dalam penganjuran sukan di kawasan Bintulu pada masa akan datang. Pihak PBSB Bintulu sentiasa menyokong penggalakan program sukan bagi mencapai aspirasi bahagian Bintulu ke arah komuniti yang sihat dan aktif.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
