- JBS Sarawak
- Hits: 22
Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak Sidang II, Penggal Ke-35 Sesi 2025-2026
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh:Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 15 SEPTEMBER 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dan Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu telah dijemput menghadiri Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak Sidang II, Penggal Ke-35 Sesi 2025–2026 bertempat di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak.
Persidangan berprestij yang menjadi platform suara akar umbi ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah. Sebanyak lima usul utama telah dibahaskan secara kolektif merangkumi pelbagai kluster pembangunan generasi muda.
Salah satu usul yang telah dibentangkan ialah usul daripada Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu yang mencadangkan pembukaan Pusat Aktiviti Belia Setempat (Y-Hub) di bandar Bintulu.
Usul tersebut bertujuan menyediakan sebuah ruang interaksi dan fasiliti khusus bagi membolehkan para belia melaksanakan aktiviti kepimpinan, kesukarelawanan, serta rekreasi secara lebih berstruktur.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
