- JBS Sarawak
- Hits: 21
PROGRAM KLAS PRIBUMI SUKAN FUTSAL DI PAKAN DILAKSANAKAN SECARA DALAMAN AKIBAT KEADAAN JEREBU
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan Oleh : Zulfadhli Leonardo, JBSN Sarawak
PAKAN, 28 September 2026 – Program Klas Pribumi di Pakan telah dilaksanakan di dalam dewan pada 12 September 2026 lepas sebagai langkah penyesuaian terhadap keadaan jerebu yang melanda kawasan berkenaan.
Pelaksanaan program yang pada asalnya melibatkan aktiviti teori dan praktikal telah diubah suai dengan memberi penekanan kepada sesi teori serta praktikal mengenai sukan futsal secara terhad dan bersesuaian di dalam dewan.
Penyesuaian ini dibuat bagi memastikan program dapat diteruskan dengan lancar tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan keselesaan peserta serta urus setia sepanjang program berlangsung.
Walaupun aktiviti luar terpaksa dikurangkan, peserta tetap menunjukkan komitmen dan penglibatan yang baik sepanjang sesi yang dijalankan. Program turut memberi ruang kepada peserta untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas melalui pendekatan pembelajaran secara teori dan praktikal dalam suasana yang terkawal.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
