- JBS Sarawak
- Hits: 18
KLAS PRIBUMI PAKAN TERUSKAN AKTIVITI TEORI DAN PRAKTIKAL SUKAN BOLA BALING DALAM SUASANA TERKAWAL
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : Zulfadhli Leonardo, JBSN Sarawak
PAKAN, 28 September 2026 – Aktiviti sukan bola baling menjadi antara pengisian Program Klas Pribumi di Pakan yang dilaksanakan dengan penyesuaian terhadap keadaan berjerebu.
Aktiviti yang melibatkan elemen teori dan praktikal asas bola baling telah dijalankan di dalam dewan bagi memastikan program dapat diteruskan dalam suasana yang lebih terkawal dan selamat. Peserta diberikan penerangan berkaitan asas permainan, teknik serta peraturan bola baling sebelum menjalani aktiviti praktikal yang bersesuaian di ruang dewan pada 19 September 2026 lepas di Dewan SMK Pakan.
Walaupun keadaan jerebu menyebabkan aktiviti sukan tidak dapat dijalankan seperti biasa di kawasan terbuka, para peserta tetap menunjukkan semangat, kerjasama dan penglibatan yang baik sepanjang aktiviti berlangsung.
Pelaksanaan aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas sukan bola baling, malah turut memupuk nilai kerja berpasukan, disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta Program Kelas Peribumi di Pakan.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
