- JBS Sarawak
- Hits: 20
PROGRAM “DARI BELIA UNTUK BELIA: KESEDARAN & ADVOKASI ‘JOM LINDUNGI BELIA!’ MERIAHKAN AGENDA PEMBANGUNAN BELIA DI SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan Oleh: Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 28 September 2026 – Program Dari Belia Untuk Belia: Kesedaran & Advokasi “Jom Lindungi Belia!” telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran sosial, pembangunan sahsiah serta penglibatan aktif golongan belia dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dan positif.
Program yang berlangsung di Dewan Gemilang, SMK Bandar Sarikei pada 18 September 2026 lepas, program itu telah mendapat penyertaan seramai 50 orang peserta, terdiri daripada 28 lelaki dan 22 perempuan.
Program ini memberi penekanan kepada aspek perlindungan belia, kesedaran sosial serta usaha menggalakkan golongan muda menjauhi pengaruh negatif. Pendekatan yang santai, interaktif dan berinformasi turut memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan belia.
Antara pengisian yang dirangka termasuk forum dan ceramah bersama agensi berkaitan seperti AADK, PDRM, KKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain aktiviti kuiz, cabutan bertuah serta aktiviti berkumpulan Mini Slingshot. Tournament.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
