- JBS Sarawak
- Hits: 26
PROGRAM KARAKTER MADANI SK ADIN, SARE
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 25 September 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah dijemput oleh Cikgu Mohammad Zikri bin Shahdan, Guru Besar SK Adin, Sare, untuk mengadakan aktiviti slingshot sempena Program Karakter Madani di sekolah berkenaan.
Aktiviti ini melibatkan semua murid dari prasekolah hingga Tahun Enam. Murid-murid dan guru amat teruja menyertai aktiviti slingshot yang julung kali diadakan di SK Adin.
Hadir mengendalikan aktiviti ini ialah Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, bersama Encik Zulfadhli, Penolong Pegawai Cawangan Rakan Muda.
PBSB Sarikei amat komited dalam membantu agensi, sekolah, komuniti dan NGO yang memerlukan khidmat kepakaran serta teknikal berkaitan pembangunan belia dan sukan.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
