- JBS Sarawak
- Hits: 26
PERBINCANGAN PROGRAM KELAS SENI BELA DIRI BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 24 September 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei meneruskan usaha memperkasa golongan belia melalui perbincangan pelaksanaan Program Kelas Latihan Asas Sukan (KELAS) Seni Bela Diri, Bahagian Sarikei bersama penggiat seni bela diri tempatan.
Perbincangan antara Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, bersama wakil Kelab Taekwondo Ling-Ling dan Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa memberi tumpuan kepada perancangan program yang bakal dilaksanakan pada pertengahan Oktober 2026. Turut hadir, Encik Zulfadhli, Penolong Pegawai Cawangan Rakan Muda.
Program ini bertujuan menjadikan seni bela diri sebagai aktiviti bermanfaat dalam mengisi masa lapang, di samping membentuk disiplin, keyakinan diri dan kesedaran terhadap aspek keselamatan. Program ini turut menjadi platform untuk memelihara serta memperkenalkan warisan budaya seni bela diri, khususnya kepada generasi muda.
Selain itu, program ini diharap dapat mengeratkan perpaduan masyarakat melalui penyertaan pelbagai kaum serta mewujudkan komuniti yang aktif, berdisiplin dan mempunyai semangat kesukarelawanan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei komited menyokong pembangunan seni bela diri sebagai salah satu medium pembinaan sahsiah dan perpaduan masyarakat.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
